Tuesday, 27 December 2011

Masuk bwh meja tido blh x????????

Masuk bawah meja tido leh x?...Ko ingat ko ada share ngan company nie...
Tulunnnnnnn aku dh xlarat nie...ngantuk bangat..
Dh la ngantuk siap ada ulser lg kat dlm mulut nie..


Yg nie xpela lg leh nmpk..Klu kat dlm mulut tue..cmner?? 
Ini la bahana klu cuti lama sgt..dtg keje mesti xde mood punya...
mata asyik nk terpejam je nie..Keje pun xbyk almaklumla hujung2 taun nie ramai yang nk kurangkn kos..
Bli ala kadar je..


Blh x agaknya aku tido bwh meja..dpd jd cm gambar kat atas tue....
Hujung taun prestasi kne baik weiiii....

Thursday, 15 December 2011

Ombak Rindu....

Semalam dpt gak aku g tgk wayang.Aku g ngan membe, june ngan ana.Sebenarnya xterpikir lak nk g tgk.Sume nie sbb si intan la yg bukak cite pasal Ombak Rindu.
Kitaorg tgk dkt GSC One Utama.Tiket Kul 7pm.Sib baik dpt tmpt yg paling atas skali.Itupun xdela penuh satu panggung.Xmcm masa mula2 ditayangkn.
Aku dgr dr mulut org yg penah tgk cite nie la,katanya sedih bangat.Sampai berhelai la tisu abis.
Bagi aku cite dia leh tahan la.Tapi xde la sampai keluar airmata.Sebak didada tue adala terasa.
Mungkin sbb kitaorg xbpe khusyuk sgt sbb xleh thn dgt gelagat si June nie.
Setiap kali tukar scene mesti dia akan tanya,"Korang nangis ker".Apalagi time scene sedih kitaorg boleh gelak terkekek2 smpi siap kne sound dgn minah yg duk dpn kitaorg..
Kecoh je minah tue..
Ska ati kitaorg la nk gelak ker nk nangis ker,bkn dia yg bayar harga tiket tue..
Lagi satu yg buat kelakar masa byr harga tiket..Biasa la masing2 xbpe nk lepas ngan matematik.
21hgt bg 3 pun xreti..
Manatau smlm Ladies Day....Biasa dkt 10hgt harganya..
Tapi mmg seronok la smlm..Dh lama xberjimba2 ngan kawan2...

Wednesday, 7 December 2011

Malaysia oh malaysia

Mesti korang pelik baca entry aku kali nie kn.Bkn apa, aku rasa cm xpuas hati ngan kerajaan malaysia skang nie.Nie sume gara-gara indon la nie..
Ada satu kes tu pasal warganegara,senang-senang je dia bg kat indon nie status warganegara biarpun dia xlulus tuk ujian yang pertama..
Tiba-tiba je aku dengar skang nie laki dia dh jadi warganegara.Siap cakap nk bli umah lg tue.
Bini dia tengah tunggu turn..Cmner la dia leh lepas yer..ckp pun still ada loghat indon lg..
Sume nie sbb dia knl ngan org malaysia.Orang nie lak jenis yg ada pangkat la...
Klu lepas nie aku dgr yg dia dh bli umah mmg btl2 kerajaan malaysia punya undang2 xberapa ketat sangat..
Dh la org indon wat kat org kita macam-macam bla kat negara dia..Yang malaysia nie pun still nk baik2 ngan diaorg asl????????
Bengang tul aku nie...

Tuesday, 29 November 2011

wordless tuesday...

Malasnya la aku arinie.Mentang2la dh syok cuti sampai 3hari,bla masuk keje jer macam nie la jdnya...

Blh x korang describe gambar kat atas tue...macam2 ada kat kepala hotak nie pagi tadi.....

Friday, 25 November 2011

RAMBUTAN OH RAMBUTAN..

Bln nie saja dh dekat 10 kilo aku bli buah rambutan...Mentang2la membe ofis yang jual.Murah tue 1kilo 3hgt..Klu kat luar jatuh 5hgt sekilo.Mak datok mahal giler regenya..Yela lgpun kebun bapak dia yang mengeluarkan hasil so xyah la nk jual mahal sgt pun...
Bukannya apa aku suka bli sbb mak aku suka sgt makan rambutan..klu dia sorg pun blh bedal smpi 2kilo..sorang...
Anak aku yg kecik pun sama,hantu rambutan... tapi mmg sedap la rambutan dia...Fresh2 ko..segar dr ladang

Thursday, 24 November 2011

tersilap tarikhla pulak....

Arinie aku Halfday,masuk keje tengahari sbb anta mak aku g Hospital....Mcm biasa bla smpi je kat Hospital Sg buloh tue apalg tmpt pertama yg aku akan terjah ialah kantin.Sementara mak aku wat dianya treatment..
Alih2 blm smpt aku jamah makanan baru je nk cr meja mak aku dh smpi..
Pelik dibuatnya apsal cpt sgt mak aku nie.Biasanya 1 jam lebih...
Rupa2nya dia dh tersilap tengok tarikh daaaaa..sepatutnya 22hb ini dia g tgk 24hb...xke kne tukar tarikh yg lain..Smpt lagi diaorg nie singgah kat playground...



Yang kecik nie anak buah aku.. mmg pantang klu kita bergerak..lebih2 lg klu dh siap pakai tudung..sure nk ikut xyah diajak..


 Yang nie hantu playground..anak aku yg no.2

Yang nie lagi la..kemana aku pegi mengikut jer..Sib baik tgh cuti skola.Klu x mmg dh kne tinggal pun..

Wednesday, 23 November 2011

Slot Akasia....

Korang ada tgk x cite yg terbaru kat TV3 selepas Soffiya...Mesti korang xnk lepas cte nie kn..Aku pun klu blh nk follow slalu la..tp xbest la klu tgk ulangan kat TONTON..xde feel...
Cantik sgt Nora Danish (DHIA) tue kn..lembut & ayu je wajah dia smpi si Ady Putra(ZIKIR) terpikat la..
Nk tau cite apa???


Sinopsis cerita Tentang Dhia:

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.

Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang  anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.


Tuesday, 22 November 2011

Good Afternoon...

Afternoon...
Sume nie gara-gara system xleh guna kat ofis nie..dh masuk 2 hari asyik pending jer keje..
apa lagi aku pun amik kesempatan mengupdate la blog aku yang dh lama bersarang nie...sambil2 tue tukar2la apa yang patut kat dlm blog aku nie ha...
Tinggal bpe hari aja lg dh nk masuk bln 12kan,,
Byk preparation nk kne wat lebih2 lagi klu ada anak yg bersekolah..Macam2 bnde nk kne bli..Baju baru, Kasut baru, beg baru..serba serbi kne baru..
X mcm aku dlu..selagi blh pki gunakanlah sebaik2nya...

Thursday, 10 November 2011

Beg selempang kait

Aku sebenarnya saja2 je tanya kat membe aku nie pasal beg kait, Alih2 dia wat satu tuk aku..Amekaw
xpsl2 ko kena bayar kat dia..
Korang nk tau cmne rupenya beg tue


Nie la rupanya...Dari jauh dtgnya nie...
Nk xnk kena gak la amikkn...Pahang mari...

Tuesday, 25 October 2011

HAPPY DIWALI


                                               Happy Diwali kepada sume kwn2 yg beragama Hindu.

Monday, 8 August 2011

Ramadhan ke 8

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung padaMu dari hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, jiwa yang tidak merasa puas, dan ilmu yang tidak bermanfaat. Aku memohon perlindunganMu daripada empat macam keburukan ini.

Monday, 20 June 2011

'10 AMALAN YANG TERBALIK'

'10 AMALAN YANG TERBALIK'

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1.  Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2.  Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
 
3..  Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.


4.  Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.  Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.  Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7.  Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

 

8.  Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.  Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.  Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


 
      Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2.  Malah kebanyakkan sms    emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.  Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??......  
 
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

Saturday, 30 April 2011

At Terengganu with love......

Sambungan cite anak aku nie..
Dalam sakit2 pun dia masih nk ikut adik aku g terengganu holiday..
Nk x nak terpaksa la aku ikut skali..
Sebenarnya aku pun nk g jugak..
Almaklumla aku nie xpernah g terengganu...
Menurut pengalaman aku yg xlama kat terengganu nie..
Aku prefer tmpt2 yg blh beriadah..
Kat sini kebanyakn lautnya xblh mandi..
So nk wat apa lg pusing bandar terengganu jela jwbnya..
Atleast klu leh mandi aku nk gak bwk anak aku yg x pernah tgk pantai nie & xpenah merasa mandi pantai.
Apa yang blh aku bgtau kat sini ialah klu stakat nk shopping mungkin blh la kot...
Tggu la aku blk KL nnt..
Souvenier yg aku bwk tuk kwn2 aku sudah semestinya Key Chain xde bnde yg lain lagi..
Dan juga.......Kopok Lekor...hehehehehee

excident la plak...

Lama dah aku xupdate blog nie kn...
mesti korang nk tau entry citer aku kn..
sbnrnya anak aku yg sulung nie terxcident masa nek beskal
aku xtau la sapa langgar sapa
yang aku tau ada bdk dtg umah panggil aku bgtau yg anak aku jatuh beskal.
Bla aku tanya teruk ke x bdk2 nie ckp teruk lutut dia berdarah
Aku pun bergegas la pegi umah membe aku nie dimana si umarul nie bermain dengan anaknya.
Dari jauh lagi aku dh dgr anak aku menangis..
Aku tanya kat anak aku sakit kat ner...dia kata kat tangan
aku nmpk siku dia pun dh bengkak
bergegas aku anta dai g hospital...
Smpi je kat hospital Doc check & suh g wat X-ray
lps wat xray confirm yg tangan anak aku patah...
Doc kata maybe kne operate la tp diaorg kne bincang dlu dgn pakar2 yg lain...
Dan solutionnya ari jumaat aritue my husband dpt call dr Dco menyatakan yg anak aku akan kne operate pada hari selasa nie...
Nmpknya aku xterpaksa bermastautin kat hospital la jawabnya.....

Friday, 8 April 2011

hanphone baru

Lama dh aku xupdate kn...dlu aku penah ckp yg aku nk bli hphone baru kn.
Nk tau haphone apa yg aku bli lastnya. Samsung S3353. Nk tau specnya x?
Silala lihat di bawah ini.........



                  

Samsung S3353 Chat 335 Specifications



NetworksGSM
850 | 900 | 1800 | 1900
Form FactorBar | QWERTY
Main Screen2.4" TFT,262K Colours,320X240
Mobile OSn/a
CPU
Apps PlatformJava MIDP 2.1, CLDC 1.1
Memory60 MB
Memory CardT-Flash/MicroSDHC, up to 8 GB
Dimensions111.2 x 61.2 x 12mm
Weight93g
Camera2.0 MegaPixels , 4x digital zoom
BluetoothV 2.1 + A2DP
Wi-Fi802.11 b/g
Wireless DataGPRS | EDGE Class 10
Mobile TV
Released2011q1
\
NetworksGSM
850 | 900 | 1800 | 1900
Form FactorBar | QWERTY
Main Screen2.4" TFT,262K Colours,320X240
Mobile OSn/a
CPU
Apps PlatformJava MIDP 2.1, CLDC 1.1
Memory60 MB
Memory CardT-Flash/MicroSDHC, up to 8 GB
Dimensions111.2 x 61.2 x 12mm
Weight93g
Camera2.0 MegaPixels , 4x digital zoom
BluetoothV 2.1 + A2DP
Wi-Fi802.11 b/g
Wireless DataGPRS | EDGE Class 10
Mobile TV
Released2011q1













Friday, 11 February 2011

Petua ingin bahagia dari Dr Fadzilah Kamsah

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

PETUA MENCUCI HATI DPD DATO' FADZILAH KAMSAH

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -

Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur -

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat -

Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -

Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -

Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -

Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "saya sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak saya, cuci hatiku, esok saya nak jadi baik, berjaya,

ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -

CUBALAH!!



8) Berpuasa -

Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati

(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)



10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

...wallahua'lam...

Mengapa Hati Tidak bahagia

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
... paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya
tidak tenang.

2 . Pendendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti
ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia
tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut....walau
berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak
selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia
dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,
itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di
situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi
hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja
bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin.

8. Riak
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah
dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal
hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia"
kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.
Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya
dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Friday, 21 January 2011

Terkenang masa lalu........

Bile tengok je gambar nie, jauh beza aku masa dulu dan sekarang.
Biasala zaman muda remaja, anak dara lagi la katakan.
Sekarang sumenya dah kawin kecuali..........carila sendiri.
Memang seronok.
Gambar nie kitaorang amik masa pegi menghabiskan duit ke Wet World Shah Alam
Masa tue tmpt nie xmcm skang. Serba serbi kurang.....
Asrina Saad


Klu diingatkan balik punya ssh kitaorg nk ke shah alam nie.Turun naik bas.maklumla masing2 belum habis belajar lagi.........Duit pun masih mintak dekat mak bapak...
Aku rasa, aku masih ada byk lg gambar lama2.Nnt ble aku free aku update lagi......

Selamat berhujung minggu...

Chow Chin Chowwwwwwwwwww

Wednesday, 19 January 2011

Terkezut aku dibuatnya.....

Pagi2 lagi aku dh terkezut bila bkk blog kwn aku nie,
kira bgusla dia teringatkn aku .Tapi yg x syoknya dia dlm mimpi dia yg aku nie dh meninggal
Ish..ish..ish..
Orang kata la bkn aku yang kata, klu org mimpi kita meninggal maknanya umur dia panjang.
Harap2 begitula sebab klu blh aku nk tgk anak aku sampai diaorg besar.
Sekarang nie anak aku yang sulung baru saja menjejakkan kaki ke sekolah rendah.
Yela baru darjah satu
Yang ke2 baru masuk 4thn..
Agak-agaknya sempat ker??????????

AJAL MAUT SEMUA DITANGAN TUHAN..............

Tuesday, 18 January 2011

New Handphone

Agak2nya blela aku leh dpt handphone baru nie.
Dh puas aku survey mcm2 model handphone tp sume xberkenan dihati.
Sebenarnya aku nie lebih berminat pada touchscreen.
Agak2nya korg rasa aku nk bli handphone apa?
Nak tau ker???????

Yang ni gak la aku rasa aku akan bli......
                                                    

       

Monday, 17 January 2011

Aku berjaya untuk ada blog sendiri

Assalamualaikum,

Sekarang org hanya guna short form tuk SALAM je.
Masih smpt lg aku menulis kat blog nie,walaupun tgh keje nie.
Sebenarnya ini percubaan pertama aku berblog la katakan.Ni gara2 khabar angin yg aku dgr psl FB nk close.habis sume gambar yg aku simpan kat dlm account Fb aku telah ku simpan kedlm pendrive.
Takut nnt tetiba klu lmbt simpan abis sume gmbr kenangan yg ada kat dlm tue.
Ok la nnt aku smbg lagi.