Wednesday, 23 November 2011

Slot Akasia....

Korang ada tgk x cite yg terbaru kat TV3 selepas Soffiya...Mesti korang xnk lepas cte nie kn..Aku pun klu blh nk follow slalu la..tp xbest la klu tgk ulangan kat TONTON..xde feel...
Cantik sgt Nora Danish (DHIA) tue kn..lembut & ayu je wajah dia smpi si Ady Putra(ZIKIR) terpikat la..
Nk tau cite apa???


Sinopsis cerita Tentang Dhia:

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya, Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha). Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut.

Dhia seorang gadis kampung yang disukai ramai kerana perwatakan yang ayu, lembut dan cantik. Dhia sudah lama jatuh hati kepada Azmi lakonan Ako seorang  anak kepada Imam di kampung dan bekerja sebagai kerani biasa saja. Manakala Raffi seorang pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan berkelulusan dari luar negara menjadi teman rapat Dhia.

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi, Raffi sedih , namun tetap redha dengan keputusan Dhia walaupun dia masih mencintai Dhia.


No comments: